SHAH ALAM 29 Mac – “Ini kali pertama saya melihat kecederaan yang unik iaitu tulang rusuk kiri belakang satu hingga tujuh patah secara menegak dan lurus,” kata seorang pakar forensik pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim di Mahkamah Koroner hari ini. Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Mohd. Shah Mahmood, 59, berkata kecederaan unik itu dikesan oleh pihaknya buat kali pertama semasa proses bedah…










