Operasi pemutihan Bandaraya JB, 33 ditahan - Utusan Malaysia

Operasi pemutihan Bandaraya JB, 33 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Mac – Polis menahan seramai seramai 33 individu termasuk empat wanita dalam operasi khas pemutihan di Bandaraya Johor Bahru di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, operasi yang dijalankan di Jalan Wong Ah Fook itu bermula pukul 10 malam hingga satu pagi bertujuan membersihkan bandar raya ini daripada masalah ulat parkir, penagih dadah, gelandang dan gejala sosial.

Katanya, daripada kesemua yang ditahan, dua daripada mereka adalah warganegara Myanmar dan India berusia 31 dan 37 tahun.

“Operasi yang melibatkan tiga pegawai dan 14 anggota polis telah membuat pemeriksaan ke atas 39 individu dan menahan 33 daripadanya berusia lingkungan 27 hingga 64 tahun.

“Daripada yang ditahan, 30 daripadanya positif dadah, dua lagi disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan seorang lagi adalah orang yang dikehendaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) JBS untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini