HULU LANGAT 2 Mac – Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul tiba di pusat pengundian Dewan Serbaguna Orang Ramai Semenyih di sini. Beliau yang ditemani bapanya, Abdul Abdul Karim dan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan tiba kira-kira pukul 7.50 pagi untuk menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kali ini. Kerusi DUN Semenyih diadakan selepas wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Noor, 57,…










