MUNICH 21 Mac – Joachim Low memberi bayangan akan menggunakan Manuel Neuer sebagai penjaga gol utama Jerman bagi aksi kelayakan Euro 2020 berbanding Marc Andre ter Stegen.
Neuer beraksi ketika Jerman terikat seri 1-1 dengan Serbia dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi dan dia dilihat sebagai calon terbaik untuk pasukan itu.
Ter Stegen menggantikan Neuer pada separuh masa kedua tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan kerana Jerman beraksi cemerlang bagi mengelakkan kekalahan di laman sendiri.
Jerman akan memulakan kempen kelayakan Ahad ini dengan pertemuan menentang Belanda dan Neuer hampir pasti berada dalam kesebelasan utama Low.
“Awak boleh katakan begitu. Saya sudah katakan Ter Stegen masih ada peluang kerana ini adalah perancangan saya.
“Sekarang dia sudah bermain satu perlawanan, satu lagi dia bermain separuh masa. Ini adalah keputusan kami untuk menyaksikan Manuel bermain sebagai kapten pada separuh masa pertama.
“Separuh masa kedua, Ter Stegen beraksi tetapi kami masih ada banyak lagi perlawanan dan dia akan diberikan peluang,” kata Low.-AGENSI











