Nelydia Senrose bakal bernikah - Utusan Malaysia

Nelydia Senrose bakal bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nelydia Senrose mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi tweet yang dihantar di akaun Twitternya semalam, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengakui akan mengakhiri zaman solonya, selepas dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafez.

“Ya, saya akan berkahwin!”, tulis Nelydia ringkas.

Menerusi kemaskini di Instagram, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu memuat naik video-video serta gambar majlis ‘bridal shower’ bersama adik-beradik dan rakan-rakan terdekat.

Selain kakaknya dan adik beradik tiri, majlis tersebut turut dihadiri oleh pelakon Sherry Ibrahim.

Terdahulu, Nelydia memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas menunaikan umrah.

Sebelum ini juga, Nelydia pernah memuat naik gambar cincin di jari manis dan gambar tersebut menguatkan lagi dakwaan bahawa dramatis itu serius untuk ke fasa seterusnya dengan Hafez. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN