WASHINGTON 26 Mac – Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) membatalkan rancangan bersejarah dua angkasawan wanita melakukan kerja di luar berikutan kekurangan sut angkasa yang muat dipakai di Stesen Angkasa Antarabangsa nanti.
Sehubungan itu, Christina Koch akan meneruskan tugas di angkasa bersama angkasawan, Nick Hague yang menggantikan Anne McClain seperti rancangan asal pada Jumaat ini.
Sekiranya rancangan asal diteruskan, Koch dan McClain akan mencipta sejarah terbaharu dengan dua angkawasan wanita melakukan kerja bersama sejak stesen angkasa dicantum pada 1998. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











