Nafi seorang maut akibat pencemaran toksik - Utusan Malaysia

Nafi seorang maut akibat pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 15 Mac – Kerajaan negeri menafikan terdapat kes kematian membabitkan mangsa pembuangan sisa toksik yang dirawat di hospital sepertimana yang tular dalam media sosial.

Justeru Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal menasihatkan orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan mudah percaya kepada berita-berita yang tidak dapat dipastikan sumber dan kesahihanya.

“Penyebaran maklumat palsu yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam ini terjumlah kepada kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara selama tempoh 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggunaan media sosial sebagai medium penularan berita palsu adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan penjara sampai setahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Ketika ini tular satu kenyataan menerusi Facebook atas nama Sazali Samsudin yang mendakwa terdapat satu kes kematian akibat pencemaran toksik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini