MEMANG tidak dinafikan sesetengah yang bekerja dalam sesebuah organisasi mengambil sikap seperti pahat dengan tukul – sekali diketuk sekali bergerak. Selagi tidak diketuk, selama itulah pahat akan diam. Kenapa mereka menjadi tidak bersemangat bekerja? Difahamkan sesetengah itu pada mulanya sangat rajin, proaktif dan banyak idea. Tetapi lama-lama mereka tidak lagi menonjolkan diri dengan idea. Mereka menjadi kura-kura sorokkan kepala. Antaranya ini disebabkan organisasi telah dijangkiti berpenyakit. Ia berpunca daripada ketua yang lebih dahagakan ampu puji daripada teguran membina. Dalam keadaan ketua yang hilang wibawa, menjelmalah oportunis dengan modus operandi basinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya