KANGAR 1 Mac – Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk diambil keterangan dipercayai berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Hashim perlu hadir ke pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 9 pagi ini. Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan telah dipanggil SPRM untuk diambil keterangan. Sebelum itu, SPRM juga telah memanggil beberapa individu termasuk Ahli Jawatankuasa Pas…










