GEMBIRA. Seramai 280 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyertai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Sabak Bernam di Kompleks Sukan Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas dan Swasta), Rosli Jarai berkata, sebanyak 14 buah sekolah rendah dan enam sekolah menengah terlibat dalam kejohanan itu.
Antara acara yang dipertandingkan ialah 75 meter (m) dan 100m kategori cerebral palsy serta 100m, 200m dan 400m kategori bermasalah pembelajaran selain acara lompat jauh dan lontar peluru.
“Juara keseluruhan bagi sekolah rendah dirangkul pasukan Sekolah Rendah Seri Mawar, manakala pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dinobatkan juara keseluruhan untuk sekolah menengah,” katanya.











