KUALA LUMPUR 29 Mac – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi memperhebatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) perkayuan negara. Dalam kenyataan bersama, kerjasama dua badan itu bertujuan mewujudkan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam menjalankan program penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan bagi memperkasa pengurusan dan pembangunan industri kayu-kayan di Malaysia. “Kerjasama antara MTIB dengan FRIM ini akan mendatangkan…










