KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) tidak akan menggugurkan atlet-atlet negara dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail. Merujuk kepada dakwaan bekas atlet berbasikal para negara, Mohamad Syazwan Roshdi dalam sebuah laporan portal tempatan, Ahmad Shapawi berkata, pihaknya akan menyediakan kemudahan latihan dan pertandingan kepada atlet yang sentiasa menunjukkan peningkatan prestasi dan mempunyai potensi untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Ahmad Shapawi menerusi satu…










