KUALA LUMPUR 27 Mac – Orang ramai dijemput memeriahkan kempen ‘Earth Hour’ anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Sabtu ini bertempat di Dataran Amfiteater MPAJ di sini.
POSTER penganjuran kempen Earth Hour anjuran MPAJ di Dataran Amfiteater MPAJ, Selangor pada Sabtu ini.
MPAJ dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, program yang akan bermula pada pukul 5 petang hingga 11 malam itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan roket air, aktiviti mencerap bintang dan tayangan filem ‘The Martian-Bring Him Home’.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pihak kami turut menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan di Jalan Persiaran (belakang Menara MPAJ) dan di tingkat 1, 2 dan 3 bangunan Menara MPAJ.
“Pengunjung berpeluang bertemu dengan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie pada hari tersebut,” katanya.- UTUSAN ONLINE











