TA’QALI, Malta 27 Mac – Alvaro Morata mendedikasikan kemenangan 2-0 Sepanyol ke atas Malta kepada Luis Enrique yang terlepas aksi tersebut kerana hal kecemasan melibatkan keluarganya. Perkara itu diumumkan semalam bahawa Enrique tidak dapat hadir dan akan digantikan Robert Moreno. Morata menjaringkan kedua-dua gol itu dan bintang Atletico Madrid itu mendedikasikannya kepada Enrique selepas tamat permainan. “Kami memang inginkan kemenangan dan akan lakukan segalanya tetapi hari ini kami memiliki motivasi…










