TERGENDALA…Pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu dasar yang dilakukan oleh kerajaan. Di Amritsar, India, ratusan golongan petani bertindak berbaring dan duduk malah mendirikan khemah di landasan kereta api ketika mogok terhadap dasar-dasar kerajaan yang dilihat sebagai anti golongan tersebut. Tindakan itu menyebabkan hampir 25 perjalanan kereta api tergendala manakala tujuh lagi dilencongkan ke laluan lain bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.










