Miliki bahan eksploitasi kanak-kanak, rakyat Malaysia ditahan di Perth - Utusan Malaysia

Miliki bahan eksploitasi kanak-kanak, rakyat Malaysia ditahan di Perth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac- Seorang rakyat Malaysia ditahan dan didakwa di Australia selepas dikatakan memiliki bahan eksploitasi kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Memetik laporan Portal berita Free Malaysian Today (FMT), Australia Border Force (ABF) melaporkan lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pegawainya ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth sejurus ketibaannya dari Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit lelaki tersebut mengandungi bahan menjijikkan termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai ABF merampas telefon tersebut dan membatalkan visa pelawatnya. Lelaki terbabit kemudiannya didakwa pada Sabtu lalu di Mahkamah Majistret Perth kerana mengimport bahan terlarang di bawah Akta Kastam.

“Dia bakal berdepan denda maksimum 10 tahun penjara dan atau denda hingga 525,000 dolar Australia (RM1.5 juta),” lapor FMT.

Sementara itu, Pemangku Komander Wilayah ABF Australia Barat, Emma Newman berkata, ABF komited melakukan segala usaha untuk mencegah pengimportan bahan-bahan yang menjijikkan ke Australia.

Jelasnya, pelawat sepatutnya tahu pemilikan bahan eksploitasi kanak-kanak dipandang serius oleh undang-undang Australia.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini