MADRID 3 Mac – Lionel Messi berada dalam keadaan ‘baik’ selepas mengalami kecederaan semasa aksi Clasico menentang Real Madrid kata pengenali Barcelona, Ernesto Valverde.
Messi dilihat mengalami rasa kurang selesa di bahagian pangkal paha pada separuh masa kedua selepas Barcelona menang 1-0 ke atas Madrid dalam aksi La Liga di Santiago Bernebeu.
Kapten Barcelona itu juga terlibat dengan pertembungan dengan kapten Madrid, Sergio Ramos yang kemudiannya menafikan dia sengaja menyiku muka Messi.
Ramos dalam sesi wawancara selepas perlawanan menegaskan bahawa peluang Madrid untuk merebut kejuaraan sudah berakhir dengan skuad kendalian Santiago Solari ketinggalan 12 mata di belakang Barcelona yang berada di landasan terbaik bagi memburu kejuaraan treble.
“Messi berada dalam keadaan baik. Dia menikmati perlawanan yang hebat.
“Dia sangat luar biasa dengan caranya tersendiri kerana apabila dia memegang bola, sesuatu yang luar biasa akan berlaku,” kata Valverde.-AGENSI











