Menteri Kewangan harap keputusan ECRL akan diketahui tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Menteri Kewangan harap keputusan ECRL akan diketahui tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyuarakan harapannya bahawa keputusan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dimuktamadkan tidak lama lagi selepas kerajaan China menawarkan pengurangan kos projek berkenaan.

“Saya rasa Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sudah menyebut bahawa terdapat pengurangan harga, dan kami masih dalam perbincangan dan berharap rundingan ini boleh dijalankan segera, dan berharap bertepatan lawatan Tun Dr. Mahathir ke China pada April,” katanya selepas melancarkan Dana Transformasi Pendigitalan Industri di sini hari ini.

Projek ECRL menelan belanja yang besar, sebanyak RM55 bilion, dan perdana menteri sebelum ini mengumumkan projek itu boleh dijalankan pada kos RM35 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan telah membayar RM200 juta faedah kepada kontraktor utama ECRL, dengan pembayaran faedah berasaskan pinjaman RM55 bilion yang diambil daripada China Communications Construction Company (CCCC) sebagai kontraktor utama ECRL. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini