KOTA BHARU 30 Mac – Mental pemain tidak kuat ketika mempertahankan gol antara kelemahanan pasukan Kelantan gagal memperolehi tiga mata penuh walaupun beraksi di tempat sendiri menentang Terengganu FC (TFC) II dalam saingan Liga Perdana di sini, semalam. Ketua Jurulatih Kelantan, Marko Kraljevic berkata masalah terbabit berlaku berikutan pasukan lawan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan selepas Kelantan mendahului permainan. “Kami jaringkan gol awal, namun dalam tempoh tiga minit…










