KELINCAHAN beruang madu atau lebih dikenali sebagai beruang matahari itu memanjat pokok dan menggali lubang dengan menggunakan kukunya yang tajam membuatkan Hairul Rosli, 31, cukup terpegun kerana pertama kali melihat haiwan tersebut di depan mata baru-baru ini. Hairul merupakan salah seorang pengunjung di Pusat Konservasi Beruang Matahari Borneo (BSBCC) yang terletak di Sandakan, Sabah. “Sebelum ini saya hanya melihat haiwan tersebut menerusi televisyen dan internet, tidak sangka saiznya sangat kecil…










