Saban hari, pelaku seni bernama Mawi tidak pernah surut idea dan keringat mendepani kelangsungan hidupnya. Ada sahaja idea tak terjangkau dek akal yang menerjah di kotak fikirannya. Sudah bergelar penyanyi, pelakon, penyampai radio dan pengarah telemovie, lelaki yang pernah mencipta gelombang Tsumawi dan Mawi World serta meraih tiga kali Anugerah Bintang Paling Popular itu kini melangkah lebih jauh apabila buat pertama kalinya mengarah dan menerbitkan filem berjudul, Tiada Tajuk. Ya,…










