Matta Fair dibanjiri pengunjung sejak pagi - Utusan Malaysia

Matta Fair dibanjiri pengunjung sejak pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Ribuan pengunjung membanjiri Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pameran anjuran Travelsmart Vacation Sdn. Bhd. itu dibuka bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam dengan pelbagai acara dan tawaran menarik untuk direbut.

Ekoran kesesakan lalu lintas di kawasan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif untuk lebih selesa dan menjmatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih menarik, pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) turut berpeluang menerima baucar tiket perjalanan percuma oleh penganjur.

Rata-rata pengunjung yang ditemui berkata, pakej percutian yang ditawarkan pada pameran kali ini jauh lebih murah berbanding jualan melalui dalam talian malah masih boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik.

Lebih 268 syarikat pelancongan menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara dengan bayaran masuk RM4 untuk dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini