Masalah peribadi rupanya - Utusan Malaysia

Masalah peribadi rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMAKIN lama perang dingin antara Janna Nick dan Sheila Rusly, semakin banyak pihak yang membuat spekulasi tentang punca kemelut antara mereka. Macam-macam versi kedengaran, ada yang baik dan sebaliknya.

Maklumlah selama ini, hubungan Janna dan Sheila dah macam ibu-anak. Makan pun bersuap, nak cakap macam mana itu? Memang mereka sangat rapat dan apa saja aktiviti keluarga Sheila pasti membabitkan Janna bersama.

Atas sebab itu, ramai tertanya-tanya apabila tiba-tiba Sheila membuat kenyataan seolah-olah menyindir Janna di Instagram. Apabila ditanya lanjut, dia menafikan perkara tersebut pula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Macam mana itu? Apabila ada pihak membuat spekulasi, perselisihan faham ini seperti strategi untuk menaikkan rating drama Leftenan Zana yang sedang ditayangkan di televisyen, jawapannya tidak pula.

Akhirnya apa yang menjadi teka-teki tentang punca peperangan itu terjawab. Sheila mengakui ia disebabkan oleh masalah peribadi. Pun begitu, tidaklah pula dijelaskan punca utamanya kerana terlalu rumit.

Pada masa sama, Janna berdepan dengan tekanan apabila permohonan maaf secara peribadi dan terbuka dilakukan olehnya tidak mendapat respons. Sampai mengalir air matalah mengenangkan nasibnya itu.

Kalau macam itu, lebih baiklah kedua-duanya berdamai cepat-cepat. Tak payahlah nak memanjangkan kemelut yang ada sampai buat orang luar membuat spekulasi bukan-bukan pula.

Secara terang-terangan, Janna sudah pun mengibarkan bendera putih. Jadi tak salah kalau Sheila menyambut salam perdamaian berkenaan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Lagipun masing-masing terbabit dalam satu industri yang sama. Pergi ke mana pun pasti bertembung jua. Jadi tak elok kalau dipanjangkan isu remeh temeh angkara ego diri, kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini