Marcote, Gomez, Hodak calon ganti Sathia? - Utusan Malaysia

Marcote, Gomez, Hodak calon ganti Sathia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Khabar angin kini bertiup kencang dalam kalangan penyokong Selangor bahawa jurulatih Red Giants, B. Sathianatan akan diganti ekoran kegagalan pasukan itu mencatat sebarang kemenangan selepas lima perlawanan musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Desas-desus mengatakan Sathianathan bakal diganti dengan jurulatih import yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M).

Biarpun tidak mendedahkan siapa jurulatih dimaksudkan, namun ada bekas pengendali Kedah, Roman Marcote; bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez dan pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak antara nama yang disebut-sebut.

“Ada yang nampak kelibat jurulatih import yang familiar (tidak asing) dalam Liga M satu ketika dulu di sekitar Selangor.

“Sama-sama nantikan kalau desas-desus ini betul,” tulis Selangorfans_official dalam Instagram.

Sejak Liga Super 2019 dibuka pada 1 Februari lalu, Selangor masih gagal mencatat sebarang kemenangan, sekali gus meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot ketika ini.

Selangor seri 1-1 menentang Felda United (3 Februari), terikat 1-1 dengan PJ City FC (9 Februari), kalah 0-4 kepada PKNS (17 Februari), seri 1-1 dengan Pahang (24 Februari) dan terbaru tumpas 2-4 di tangan JDT, Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN