Manifestasi kebangkitan rakyat menentang PH yang gagal - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Manifestasi kebangkitan rakyat menentang PH yang gagal – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih merupakan manifestasi kepada kebangkitan rakyat menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal.

Memuatkan artikel berkaitan…
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amanah yang baru BN peroleh itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan kebenaran dan nasib mereka yang terpinggir oleh pentadbiran kerajaan PH.
 
Pengarah Jentera PRK BN Semenyih itu menyifatkan kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi suatu  kemenangan rakyat yang juga merupakan satu amanah dan tanggungjawab untuk membawa suara rakyat khususnya rakyat Semenyih.
 
“Syukur Alhamdulillah. BN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi Semenyih yang dikasihi.
 
“Terima kasih kepada jentera UMNO termasuk cawangan-cawangan di Semenyih, Bahagian Ulu Langat, Bahagian-bahagian angkat, negeri-negeri angkat dan Majlis Tertinggi angkat.
 
“Terima kasih kepada seluruh jentera komponen MCA dan MIC. Terima kasih kepada seluruh jentera Pas. Terima kasih kepada jentera Friends of BN, IPF, Kimma dan Makkal Sakti.
 
“Kepada semua badan bukan kerajaan (NGO)  dan orang perseorangan yang membantu
 bekerja keras untuk memastikan kemenangan ini, ia adalah kemenangan kita bersama.
 
“Tahniah Zakaria, wakil rakyat baharu untuk Semenyih,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN