Mangsa terkorban meningkat kepada 49 orang - Utusan Malaysia

Mangsa terkorban meningkat kepada 49 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 15 Mac – Angka kematian dalam serangan di masjid Al Nooor, Christchurch, New Zealand telah meningkat kepada 49 orang demikian menurut laporan AFP.

Maklumat mengenai kejadian setakat ini seperti dilaporkan CNN:

– Berlaku pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, lelaki bersenjata menyerang dua masjid di Christchurch.

Memuatkan artikel berkaitan…

– Polis ‘mengepung’ bandar Christchurch sebagai maklum balas, termasuk sekolah dan bangunan kerajaan. Dalam masa beberapa jam, polis memaklumkan empat ditahan – tiga lelaki dan seorang wanita.

– Dalam media sosial sebelum serangan, akaun dipercayai milik salah seorang penyerang menyiarkan pautan manifesto setebal 87 muka surat yang penuh dengan anti-pendatang, anti-Muslim dan penjelasan mengenai serangan.

– Menurut Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, bom ditemukan pada kereta penyerang.

– Salah seorang suspek bertindak menyiarkan serangan secara ‘livestream’.

– Sedikit yang diketahui mengenai penyerang. Salah seorang disahkan warga Australia.

– Ardern mengesahkan penyerang tidak berada dalam senarai pemerhatian keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini