KUALA LUMPUR 15 Mac – Umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand hari ini meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesemua mereka yang maut itu meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat Jumaat dan mahu menghadap Allah. “Mereka menghadap Allah dalam keadaan berwuduk dan dalam rumah Allah. Dalam keadaan menanti untuk solat…










