BACHOK 29 Mac – Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian Allahyarham Mohd. Sajury Abdullah, 63; isterinya, Sobariah Haron, 54; anak angkat, Uwais AlQurney, 6; serta anak saudara mereka, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, di sini, pada pukul 10 pagi ini. Jenazah keempat-empat mangsa itu disemadikan dalam satu liang lahad, disaksikan kira-kira 200 ahli keluarga serta penduduk setempat yang hadir pada majlis pengebumian berkenaan. Terdahulu kesemua…










