Malaysia bersedia sebarang kemungkinan - Saifuddin - Utusan Malaysia

Malaysia bersedia sebarang kemungkinan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan termasuk kesan dalam aktiviti perdagangan antarabangsa, susulan konfrontasi antara Pakistan dan India.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia dan Pakistan merupakan anggota kumpulan lapan buah negara (G8) yang banyak menjalinkan hubungan dua hala selain memiliki pelbagai persamaan.

Beliau berkata, walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk kerajaan membuat jangkaan berhubung daripada krisis dua negara itu.

“Saya percaya beberapa rakan lain iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengikuti perkembangan krisis itu secara dekat.

“Dalam konteks hubungan dagang, kita tidak menjangkakan tapi semestinya kita kena bersedia memahami potensi konflik dengan negara-negara yang ada urusan dagang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Sulung Lukisan-Lukisan Badariah Abdul Hamid di sini hari ini.

Konflik India-Pakistan belum menunjukkan tanda akan reda apabila tentera India serta Pakistan saling berbalas tembakan di wilayah bergolak Kashmir sejak pukul 6 pagi waktu tempatan dan berlarutan selama sejam, semalam sekali gus mencetuskan kebimbangan perang akan menjadi kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN