PUTRAJAYA 6 Mac – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada seorang penjawat awam, Norasima Mohd. Arif, 51, yang lumpuh separuh badan sejak tujuh tahun lalu. Sumbangan kerusi roda elektrik itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh di kediaman Norasima di Presint 9, di sini hari ini. Sumbangan itu membolehkan dia yang kini bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri…










