PADANG BESAR, 7 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyambut baik cadangan oleh pemegang taruh bagi mempertingkatkan prestasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) pada masa hadapan. Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, cadangan-cadangan yang dikemukakan mesti berupaya menambah baik aspek pengagihan, pengurusan selain usaha untuk mengenalpasti asnaf. “MAIPs adalah milik kita semua. Peranan ketua jabatan agensi kerajaan dan swasta mempromosikan pembayaran zakat pendapatan…










