PETALING JAYA 6 Mac – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 18 April depan sebagai tarikh pengurusan kes melibatkan 18 lelaki yang didakwa terlibat dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini, 26 November tahun lalu. Tarikh tersebut ditetapkan Majistret Nor Arifin Hisham selepas dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan belum dilengkapkan oleh pihak pendakwaan. Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sementara…










