Madrasah Tarbiyah Islamiah lulus 100% - Utusan Malaysia

Madrasah Tarbiyah Islamiah lulus 100%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 14 Mac – Meskipun bukan seko­lah berasrama penuh dan baru sahaja ditubuhkan pada 2012, Madrasah Tarbiyah Islamiah Kampung Chatin di sini berjaya merekodkan pencapaian cemerlang apabila buat kali keempat mendapat keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih membanggakan selain kesemua 38 calon SPM sekolah itu lulus, terdapat lima pelajar mendapat keputusan cemerlang 5A ke atas termasuk seorang pelajar yang mendapat keputusan 8A.

Pengetua Madrasah Tarbiyah Islamiah Kampung Chatin, Hamidi Abd. Hamid berkata, selain meneruskan pencapaian 100 peratus dalam peperiksaan SPM, sekolah berkenaan juga menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 4.5 berbanding 4.91 pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan ini adalah soko­ngan daripada semua guru, ibu bapa dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang memberikan komitmen berte­rusan dalam mendidik pelajar-pelajar.

“Antara strategi paling pen­ting dalam mencapai kejayaan ini adalah memastikan semua pelajar dan warga sekolah sentiasa mendekatkan diri de­ngan Allah termasuklah amalan solat hajat dan berdoa secara berterusan,” katanya ke­tika berucap dalam majlis penyampaian ke­­putusan SPM 2018 di Dewan Madra­sah Tarbiyah Islamiah Kampung Chatin, di sini hari ini.

Hamidi yang juga pengasas sekolah berkenaan berkata, sekolah itu turut menawarkan pengajian tahfiz dan sijil agama selain SPM dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini