KUALA LUMPUR 1 Mac – MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) mensasarkan jumlah terkumpul pendaftaran wasiat sehingga berakhir tahun 2019 bernilai RM10 bilion. Pengerusi MAAB, Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, nilai tersebut mampu dicapai melalui sasaran 100,000 wasiat pusaka yang bakal diuruskan pihaknya. “Sasaran ini dicapai melalui kerjasama perniagaan strategik berterusan, perancangan rapi serta pemasaran berterusan daripada rakan korporat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Anugerah Rakan Korporat MAAB 2018…









