Luka bersalam, sakit tapi enak – Jokowi - Utusan Malaysia

Luka bersalam, sakit tapi enak – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Mac – Calon presiden (Capres), Joko Widodo atau Jokowi mengalami luka pada bahagian tangannya semasa bersalaman dengan orang ramai pada program jalan sihat di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara, di sini semalam.

Menurut Kompas, program tersebut yang diadakan di Tugu Persatuan Sulta disertai ribuan masyarakat yang tiba awal bagi bertemu dan bersalaman de­ngan bekas Gabenor Jakarta itu.

Program jalan sihat itu berjalan lebih 30 minit sebelum para peserta kembali ke lokasi permulaan aktiviti berkenaan.

Ketika berehat seketika di atas pentas, Jokowi dibantu pembantu untuk memasang plaster pada bahagian belakang tangan kanannya yang terkena cakaran orang semasa bersalaman de­ngan penduduk.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menghalangnya untuk memenuhi permintaan orang ramai bagi berswafoto dengan beliau.

Jokowi ketika ditanya pemberi­ta mengenai lukanya, beliau menjelaskan ia berlaku ketika bersalaman dengan peserta jalan sihat.

“Sakit tapi enak,” kata Jokowi sambil tertawa.

Tambahnya, sambutan masyarakat Kendari terhadap dirinya cukup bersemangat mungkin kerana sudah lama beliau tidak datang daerah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN