LUAS jumpa lori tangki buang bahan kimia - Utusan Malaysia

LUAS jumpa lori tangki buang bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menemui sebuah lori tangki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembuangan sisa bahan kimia di sebuah kolam takungan banjir di Taman Eng Ann, di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Ir. Hashim Osman berkata, penemuan itu hasil maklumat daripada penduduk sekitar yang terlibat lori tangki bewarna merah disyaki membuang sisa bahan kimia itu. 

“Susulan itu dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara semalam untuk siasatan lanjut. 

“Kita menyerahkan kepada pihak polis dalam menjejaki suspek, pemilik dan syarikat yang terlibat dalam kes itu,” katanya ketika ditemui dilokasi pembuangan sisa kimia di Taman Eng Ann, di sini hari ini.

Justeru, Hashim menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan terus kepada pihak berkuasa atau mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan siasatan dan pemerhatian fizikal di lokasi itu mendapati sisa buangan tersebut adalah sisa minyak dan berbau busuk yang dibuang ke dalam sebuah kolam takungan.

“Semakan mendapati tiada aliran keluar daripada kolam tersebut dan sisa minyak tersebut terbendung.

“Bagaimanapun, sisa minyak itu dikesan di dalam longkang yang mana akan mengalir ke Sungai Klang dengan jarak sekitar 1.5 kilometer,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×