Low lega Sane tidak cedera - Utusan Malaysia

Low lega Sane tidak cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 21 Mac – Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low menarik nafas lega selepas Leroy Sane tidak mengalami sebarang kecederaan selepas menerima terjahan keras daripada penyerang Serbia, Milan Pavkov.

Pemain Manchester City itu kelihatan keluar dalam keadaan terhincut-hincut dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dalam aksi persahabatan di laman sendiri.

Sane dikeluarkan pada waktu kecederaan selepas diterjah oleh Pavkov yang kemudiannya dilayangkan kad merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Low mengakui sangat bimbang dengan kecederaan pemain terutama menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Amsterdam, Ahad ini.

“Ia merupakan terjahan yang sangat keras untuk aksi persahabatan.

“Jurulatih pasukan pelawat juga memohon maaf atas tindakan pemainnya itu.

“Syukur tiada sebarang kecederaan serius melanda Leroy, walaupun terjahan itu tepat ke arah kakinya. Dalam keadaan itu, kaki pemain boleh patah.

“Tiada apa yang serius, cuma dia mengalami kekejangan,” katanya.

Sementara itu, Sane memberitahu: “Terjahan itu kelihatan sangat kasar, tetapi buku lali saya tiada masalah.

“Saya gembira kerana kami berjaya lakukan gerakan menarik cuma sentuhan terakhir kurang berkesan tetapi ia boleh diatasi,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini