Liverpool, City penentu gelaran - Utusan Malaysia

Liverpool, City penentu gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Feb. – Perebutan gelaran bagi musim 2018/19 akhirnya memberi gambaran jelas sebelum bulan Februari melabuhkan tirai, dengan hanya Liverpool dan Manchester City yang kekal berada di landasan tepat untuk merangkul trofi Liga Perdana Inggeris.

Selepas 180 minit tanpa jaringan menentang Bayern Munich dan Manchester United, Liverpool kembali mempamerkan bisa mereka pada jentera serangan dengan lima gol diledakkan sewaktu menentang Watford.

Bagi juara bertahan, City pula mereka berjaya mengatasi tempoh 120 minit yang cukup memenatkan dalam perlawanan akhir Piala Liga, apabila mengutip tiga mata penuh setelah menundukkan West Ham 1-0, terima kasih kepada Sergio Aguero yang menyempurnakan sepakan penalti.

Dalam aksi di Stamford Bridge pula, cabaran Tottenham untuk bersama-sama memburu gelaran Liga Perdana kelihatannya seperti sudah berakhir, selepas Kieran Trippier menjaringkan gol sendiri menjerumuskan Spurs kepada kekalahan kedua berturut-turut dan keciciran sembilan mata di belakang pendahulu Liverpool dengan 10 perlawanan berbaki.

Selepas kembali merampas kedudukan teratas liga, Ahad lalu, pertemuan wajib menang perlu dilunaskan skuad bimbingan Jurgen Klopp di Anfield, selepas merekod tiga kemenangan daripada sembilan aksi dalam tahun 2019.

Liverpool bertindak balas dengan penuh bergaya. “Ia tidak seronok sama sekali. Aksi yang sangat teruk,” kata penjaga gol Watford, Ben Foster.

Sebelum sepak mula dilakukan, Klopp terpaksa melakukan perubahan pada jentera serangannya buat kali keempat dalam saingan liga musim ini. Apa yang mengejutkan, Sadio Mane diletakkan selaku penyerang, dengan Divock Origi yang menggantikan Roberto Firmino akibat kecederaan, bermain di bahagian kiri.

“Ia merupakan idea pertama kami. Kami memerlukan seseorang yang boleh beraksi dalam ruang yang sempit, mampu menyempurnakan larian dari belakang dan memiliki kelajuan. Sadio telah beraksi dalam banyak posisi sepanjang kariernya, kami tahu dia boleh melaksanakan tugas dengan baik,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN