KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club I (TFC I) lega akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung di laman sendiri selepas menumbangkan Melaka United 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam. Pengendali TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, diikat tiga kali berturut-turut oleh skuad pelawat iaitu PKNS FC, Johor Darul Ta’zim dan Perak di hadapan penyokong sendiri dalam aksi Liga Super sebelum ini sedikit sebanyak meresahkan pengurusan pasukan.…










