KUALA TERENGGANU 11 Mac – Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu hari ini membuat laporan polis bagi mendesak agar tindakan tegas dikenakan ke atas penganjur himpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di ibunegara Sabtu lalu. Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Mohd. Shafie berkata, program himpunan seumpama itu perlu ditentang kerana jelas bercanggah dengan tatasusila dan budaya bangsa. Malah beliau juga kesal penganjuran yang menuntut supaya hak LGBT diiktirafkan seolah-olah memberi gambaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merestui himpunan tersebut. ”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya