PETALING JAYA – Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu telah ditemukan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengesahkan perkara tersebut seperti yang dilaporkan melalui akaun Facebook “Help Find Stephen Warde – in Malaysia”, hari ini. Mesej yang berbunyi “Stephen Warde has been found safe and well in Malaysia” telah dimuat naik petang semalam. “Ya…telah serah kepada kedutaan, (tunggu) laporan esok,” katanya ketika…










