Lelaki tidak sangka kejujuran selamat nyawa anak - Utusan Malaysia

Lelaki tidak sangka kejujuran selamat nyawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 31 Mac – Seorang bapa yang terdesak untuk mencari duit untuk kos pemidahan sum-sum tulang anak lelakinya tidak menyangka kejujuran dia memulangkan dompet berisi wang tunai 20,000 yaun (RM12,167) milik seorang peniaga membawa rezeki kepada mereka sekeluarga.

South China Morning Post melaporkan, peniaga sayur-sayuran itu menawarkan 200 tan lobak bagi membiayai kos pembedahan anaknya berusia dua tahun yang menghidap sindrom hemofagositik.

Doktor di sebuah hospital di Jihan mencadangkan kanak-kanak itu, Tang Yixuan menjalani pembedahan namun keluarganya tidak dapat membayar kos pembedahan berjumlah 400,000 yuan (RM243,352).

Memuatkan artikel berkaitan…

Keluarga itu telah membayar 200,000 yuan (RM121,676) yang dipinjam daripada saudara-mara.

Ketika keluar dari hospital untuk membeli makanan anaknya, Tang Xiyuan menemui dompet di tepi jalan berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100), kad bank, kad perniagaan dan lesen memandu.

“Sejujurnya, saya sangat gembira menemui wang begitu banyak. Saya fikir ia pemberian Tuhan yang mengetahui saya berasa risau kerana kekurangan wang untuk menyelamatkan nyawa anak saya dan ia mungkin membantu saya.

“Tetapi serentak itu saya terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya,” kata Tang.

Susulan itu, Tang memutuskan memulangkan dompet itu kepada pemiliknya seorang penanam sayur, Ding Yilong malah menolak menerima ganjaran wang tunai.

Justeru, Ding cuba membantu Tang membiayai pembedahan anaknya dengan mendermakan lobak hampir 200 tan untuk dijual.

Selepas cerita mengenai mereka muncul dalam akhbar Qilu Evening News pada hari Ahad dan sayur-sayuran mereka habis dijual menjelang Selasa.

Hasil jualan lobak kira-kira 500,000 yuan (RM303,600) itu dapat menampung kos pemindahan sum-sum tulang anak Tang. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini