Lelaki rentung kereta terbakar dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki rentung kereta terbakar dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya disyaki terlibat kemalangan sebelum terbakar berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, di sini, awal pagi tadi.

Menurut pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.26 pagi berhubung kebakaran kereta jenis Honda City sebelum tujuh anggota menaiki sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran dan api padam sepenuhnya pada pukul 2.42 pagi. Bomba percaya kereta berkenaan terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang kemudian diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

terbakar
Keadaan kereta Honda City yang terbakar sejurus dipercayai terlibat dalam kemalangan awal pgi tadi.

 

Kenderaan Honda City itu terbakar 40 peratus di bahagian depan manakala mangsa rentung hampir 100 peratus.

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian dan punca sebenar masih dalam siasatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini