PADANG RENGAS 2 Mac – Seorang lelaki yang dilaporkan tidak pulang sejak petang kelmarin setelah keluar rumah untuk ke kebunnya di Kampung Keruh Hulu di sini ditemui selamat hari ini. Jurucakap bomba berkata, lelaki berumur 56 tahun itu ditemui pada pukul 2 petang tadi setelah operasi mencari mangsa dijalankan selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu, semalam. Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan lelaki tersebut daripada Ibu Pejabat Polis Daerah…










