Lelaki gentleman menyorok di mana? - Utusan Malaysia

Lelaki gentleman menyorok di mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKA dah hensem, tapi perangai pula buruk, getus Miss Kitty di dalam hati. Rasa nak sambung lagi mengutuk, tetapi terus beristighfar bila menoleh ke belakang, terpandang wajah seorang lelaki berkopiah beratur di belakang Miss Kitty.

Senyum saja lelaki berkopiah itu memandang Miss Kitty. Mungkin senyum, menyuruh perbanyakkan sabar. Nasib baik ada Abang Haji ni, kata Miss Kitty dalam hati.

Lelaki kacak itu, tiba-tiba potong barisan, tolak saja pintu terus menuju ke kaunter tanpa beratur. Terpingga-pingga wanita di depan Miss Kitty apabila sepatutnya gilirannya membayar di kaunter itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pam 3, penuh,’’ kata lelaki itu dan terus berlalu untuk mengisi minyak kenderaannya. Apa dia ingat kita orang yang beratur ini semua halimunan ke? Tarik misai tu baru tahu! Miss Kitty berkata-kata di dalam hati.

Dan bila Miss Kitty toleh lagi ke belakang, Abang Haji tersenyum lagi memandang Miss Kitty. Dia nak suruh aku sabar la ni.

Miss Kitty bukannya apa. Sekarang ni susah kan nak jumpa lelaki yang budiman atau gentleman? Semua nak berebut-rebut dengan orang perempuan. Nak berebut naik bas, naik tren, berebut tempat letak kereta, berebut ambil makanan, berebut troli dekat pasar raya, berebut masuk lif, eh, macam-macamlah dia nak berebut.

Miss Kitty pun tertanya-tanya, di manakah gerangannya lelaki-lelaki budiman di negara ini sedang bersembunyi? Di dalam rumah ke? Atau di dalam gua? Rasa-rasanya penyokong Manchester United saja yang baru masuk gua, kalah dengan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris hari tu.

Dan susah sekarang hendak lihat lelaki yang bukakan pintu untuk perempuan. Tak kiralah pintu pejabat ke atau pintu kereta? Atau beri tempat duduk kepada perempuan dalam pengangkutan awam. Buat-buat tak nampak saja, kalau perempuan berdiri depan dia. Main telefon atau tidur-tidur ayam. Siapa suruh jalan terhegeh-hegeh. Tak nak berebut. Agaknya itu yang ada dalam kepala orang lelaki, bila nampak perempuan berdiri di depannya dalam pengangkutan awam.

Pernah Miss Kitty yang kedua-dua tangan sarat membawa barang-barang dari tempat letak kereta di apartment tempat Miss Kitty mahu ke rumah, seorang lelaki Arab menawarkan diri menolong Miss Kitty mengangkat barang, yang lelaki tempatan dok pandang saja. Macamlah Miss Kitty ada bela hantu.

Jangan risaulah orang lelaki, kalau bersikap budiman pada perempuan bukan bermakna hendak mengurat! Perempuan ni tahu membezakan antara bersikap gentleman dengan `menjual minyak’.

Dalam pada itu, ramai juga bercakap kasar dengan perempuan, membuli dan memperlekeh-lekehkah keupayaan orang perempuan dalam bekerja. Yang ini pun sikap yang tidak gentleman. Tapi Miss Kitty yakin Bro Tompok gentleman orangnya. Cuba tanya Bro Tompok, mesti dia mengaku. Sebab dia pun selalu mengaku hensem! Ada kaitan tak? Kalau tak ada, sudah!

Miss Kitty – Lelaki nampak sangat gentleman bila dia jadi imam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini