JEMPOL 6 Mac – Seorang pengedar dadah berusia 46 tahun ditahan polis di tepi jalan dari arah Jelai ke Batu 10 dekat sini kira-kira pukul 1.12 pagi semalam. Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, polis merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM1,204 daripada lelaki itu. “Anggota polis yang melakukan pemantauan di kawasan itu terlihat suspek sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan…










