NIBONG TEBAL 20 Mac – Seorang penjenayah ditembak mati ketika cuba menyerang polis dengan melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian di Jalan Tasek Valdor, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 20-an berasal dari Georgetown yang menaiki kereta jenis Proton Waja itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kenderaannya diekori polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Samah berkata,…










