BUKAN mengikut adat dan budaya orang Barat, sebaliknya tindakan itu dilakukan hanya sekadar suka-suka. Itu penjelasan pelakon Uqasha Senrose selepas dikritik gara-gara menyambut bunga yang dibaling oleh adiknya, Nelydia Senrose dalam majlis bridal shower (majlis meraikan bakal pengantin) baru-baru ini. Menjelaskan situasi tersebut, Uqasha berkata, majlis dilakukan sekadar untuk suka-suka bersama rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat memandangkan hanya dia yang belum mempunyai pasangan. Pada masa sama, Uqasha mengakui tidak tertekan…










