BATU KAWAN 14 Mac – Lebih 25,000 pengunjung dijangka menyerbu gedung perabot dari Sweden yang pertama di Utara tanah air, IKEA Batu Kawan yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai hari ini. Walaupun hari ini merupakan hari bekerja, namun orang ramai tetap berpusu-pusu menyerbu gedung perabot tersebut yang dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi. Malah, pengunjung juga dilihat sanggup beratur panjang dan mahu menjadi antara orang yang terawal menjejakkan…










