LDP sesak teruk, mesin cerucuk tergelincir - Utusan Malaysia

LDP sesak teruk, mesin cerucuk tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) arah Kinrara menghala ke Puchong, dekat sini terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas selepas muatan mesin cerucuk tergelincir dari treler sekali gus menghalang laluan di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian berlaku pada pukul 1 petang namun kesesakan masih berterusan sehingga kini.

“Kejadian itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang 10 kilometer dari Sunway.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pukul 8 malam tadi, dua trak tunda telah tiba di lokasi dan dianggarkan proses pengalihan mesin cerucuk ini akan berlangsung selama satu jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Kumpulan Litrak dalam satu kenyataan memohon maaf memohon maaf kepada pengguna LDP yang terlibat dalam kesesakan yang terjadi dan kerja-kerja pengalihan yang dijalankan mengambil masa berikutan kekangan berat muatan tersebut.

“Akibat daripada kejadian ini, trafik dari arah Puchong Jaya, Bukit Jalil dan Bandar Sunway terjejas, dan mengakibatkan kesesakan.

“Sebahagian daripada tindakan awal dan faktor keselamatan, kami telah menutup laluan utama dari Puchong Jaya ke Putrajaya. Sila ambil maklum bahawa trafik dilencongkan ke jalan susur menghala ke Pusat Bandar Puchong,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini